MENU

Tebing Sungai Kerian

Pada masa ini belum ada lagi tempat riadah bagi penduduk di Pekan Bandar Baharu dan daerah ini amnya. Ianya terletak di selatan daerah Bandar Baharu iaitu kira-kira 25 km dari pusat pentadbiran bagi Daerah Bandar Baharu.

Projek ini dijalankan memandangkan kawasan ini berpotensi untuk dimajukan kerana disitulah diadakan acara tradisi sukan sungai bagi tiga daerah bersempadan iaitu Daerah Kerian, Perak, Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan Daerah Bandar Baharu sendiri. Di sungai itu juga merupakan tumpuan pemancing untuk memancing dan merupakan antara sungai yang kaya dengan udang galahnya dan Ikan Kelisa Emas di Malaysia

Pihak Majlis telah mengambil kesempatan di atas projek JPS yang membina Ban sepanjang 400 m di Tebing Sungai Kerian bagi mengatasi nasalah banjir yang sering berlaku pada musim tengkujuh yang mana pihak Majlis telah menerima peruntukan dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan bagi menjalankan projek di Tebing Sungai Kerian seperti membina wakaf, menyediakan tapak penjaja, membina ruang pejalan kaki dan pemasangan lampu hiasan di tebing tersebut.

Adalah menjadi harapan pihak Majlis agar dengan adanya tempat riadah di situ, maka ianya akan menjadi tumpuan penduduk setempat dan penduduk di daerah lain amnya.

 

Taman Seri Tasik

Asalnya taman ini adalah merupakan sebuah bekas lombong tinggal. Memandangkan ianya terletak di tengah-tengah pekan Serdang, pihak Majlis mendapati ianya berpotensi untuk dibangunkan sebagai taman riadah.

Pada masa ini, dikawasan tersebut telah pun terdapat sebuah taman permainan kanak-kanak dan juga alatan senaman yang mana hasil dari peruntukan dari Jabatan Landskap Negara. Pihak Majlis juga telah mendapat peruntukan dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia pada tahun ini bag imenambah komponen-komponen sediada di kawasan tersebut seperti membina wakaf, menyediakan kerusi dan meja berkelah, menyediakan jambatan konkrit bagi menghubungkan dua tasik, ruang pejalan kaki dan lampu hiasan di sekeliling tasik tersebut.

Pihak Majlis juga merancang untuk membina rumah rehat dan restoran terapung bagi menarik pengunjung untuk mengunjung ke Taman Seri tasik.

Adalah menjadi harapan pihak Majlis agar Taman Seri Tasik ini akan menjadi tumpuan pelancong ke Daerah ini pada masa hadapan dengan perancangan-perancangan yang dibuat dan dilaksanakan.

 

Rimba Rekreasi Batu Hampar

Rimba Rekreasi Batu Hampar merupakan pelancongan berasaskan eko-lancong yang terletak di Air Putih, Serdang. Daya tarikan destinasi pelancongan ini adalah bergantung kepada sumber sedia ada iaitu air terjun, unggas, flora dan juga fauna, kualiti serta kuantiti kemudahan pelancongan yang disediakan. Pada masa yang sama, pengawasan dan pemantauan yang berterusan bersama-sama dengan agensi seperti Jabatan Perhutanan dan Perhilitan Jabatan Alam Sekitar mahupun Jabatan Pertanian dalam melindungi dan memantau keadaan alam semulajadi.

 

Destinasi Pelancongan Produk Kemudahan Pelancongan
Rimba Rekreasi Batu Hampar
  • Hutan Lipur
  • Alor/Sungai
  • Flora dan Fauna
  • Hidupan Unggas
  • Kawasan Lapang dan Rekreasi
  • Dewan
  • Surau
  • Tandas
  • Kolam Renang
  • Tempat letak kereta
  • Wakaf/Pondok
  • Lot permainan kanak-kanak
  • Gerai Makan