MENU

Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman telah bersetuju bayaran lesen penjaja di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Darul Aman seperti mana yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada 18 Disember 2013 mengikut Kertas No. 6(F) 304/2013 adalah seperti berikut :

a) Bersetuju mengecualikan bayaran lesen bagi semua kategori aktiviti perniagaan di pasar sehari, pasar pagi, pasar malam, pasar tani, penjaja statik dan penjaja bergerak yang beroperasi dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah kecuali seperti yang dinyatakan di lampiran. (Sila klik di sini).

b) Bersetuju caj-caj perkhidmatan lain seperti caj tapak, caj proses dan bayaran partil masih dikenakan seperti biasa.

c) Bersetuju bayaran proses permohonan lesen adalah sebanyak RM 10.00 bagi setiap pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Kedah Darul Aman.

d) Bersetuju tiada pindaan kepada Undang-Undang Kecil Penjaja yang digunapakai.

e) Bersetuju lebihan bayaran lesen penjaja yang dibuat sebelum tarikh kuat kuasa tidak akan dikembalikan.

f) Bersetuju Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengembalikan bayaran kepada penjaja yang telah melakukan pembayaran untuk tempoh tiga tahun.

g) Bersetuju tarikh kuat kuasa pengecualian bayaran lesen ini adalah bermula pada 1 Januari 2014 sehingga ke tarikh yang akan ditentukan kelak.