MENU

PEKELILING

Pekeliling JPA :
Senarai 27 Pekeliling Perkhidmatan Penambahbaikan 81 Skim Perkhidmatan Seperti Yang Diumumkan YAB Perdana Menteri Dalam Pembentangan Bajet 2014 Pada 25 Oktober 2013. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

UNIT PENGUATKUASAAN

Unit Penguatkuasaan Majlis Daerah Bandar Baharu ditubuhkan bagi melaksanakan kerja-kerja bantuan kepada bahagian penjaja kecil, bahagian perlesenan, Majlis Daerah Bandar Baharu. Selain melaksanakan tindakan sumari ( Perobohan dan Rampasan) untuk berbagai bahagian dalam Majlis, Unit Penguatkuasaan ditugaskan juga untuk melaksanakan Akta / Undang-undang Kecil. PERKHIDMATAN ADUAN Unit Penguatkuasaan juga mengendalikan perkhidmatan aduan orang ramai setiap hari.

Jenis-jenis aduan yang sering diterima adalah:-

  • Halangan dikaki lima /siarkaki awam
  • Halangan ditempat letak kereta
  • Halangan Binatang peliharaan (lembu,kerbau) yang berkeliaran
  • Kekotoran ditempat awam
  • Perbuatan yang dilarang ditaman
  • Pembakaran terbuka
  • Pembinaan haram
  • Penjaja/peniaga haram

Tindakan Semua aduan dan siasatan akan direkodkan dan langkah-langkah berikut diambil:-

  • Siasatan
  • Nasihat/Amaran (Lisan/Bertulis)
  • Pengeluaran Pemberitahuan Tentang Kesalahan /Notis untuk mengambil tindakan
  • Pemindahan barang/ Perobohan
  • Penebusan barang rampasan
  • Pelupusan barang rampasan
  • Tindakan susulan jika perlu

PANDUAN

 Cara Pembayaran: Wang tunai, kad kredit, money order, cek, melalui internet (maybank2u).

  1. Kompaun Bangunan: Bahagian bangunan keluarkan notis (Contoh: bangunan tambahan yang dibina tanpa lesen).
  2. Kompaun Parking: Notis kompaun parking dikeluarkan oleh syarikat swasta.
  3. Kompaun Tong Sampah: Penguatkuasa mengeluarkan kompaun kepada taman perumahan yang tidak mempunyai tong sampah.
  4. Warna Notis Kompaun: Hijau (penguatkuasa), Merah (bangunan).
  5. Cara-cara Membuat Pembayaran:
    • Keluar notis.
    • Datang ke bahagian undang-undang untuk catatkan jumlah yang¬† dikenakan kompaun tersebut.
    • Notis Perlu disahkan oleh Pegawai di bahagian Undang-undang.
    • Kompaun dibayar ke kaunter di bahagian kewangan.

Lesen Penjaja (Dikecualikan Bayaran)

Lesen Penjaja (Tidak Dikecualikan Bayaran)