MENU

NOTIS PERPINDAHAN SEMENTARA TAPAK PASAR MALAM BANDAR BAHARU SEMPENA INTERNATIONAL STARLIGHT FESTIVAL

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa sempena program International Starlight Festival, tapak Pasar Malam Bandar Baharu akan berpindah ke tapak baru (sementara) di Jalan Masjid bermula 8 JANUARI 2020 (RABU) sehingga 12 FEBRUARI 2020 (RABU). Tuan / Puan hanya dibenarkan masuk dan meletak peralatan di tapak sementara tersebut BERMULA JAM 2.00 PETANG PADA HARI PASAR MALAM berlangsung. Jika tuan / puan gagal mematuhi syarat yang ditetapkan, pihak Majlis akan menjalankan tindakan PENGUATKUASAAN. Segala urusan perpindahan ini akan dikawal selia oleh pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Bandar Baharu.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam perkara ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih. Harap Maklum.

 

Dengan Perintah,

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Bandar Baharu