MENU

Tawaran adalah dipelawa kepada sesiapa yang berminat untuk menyewa ruangniaga milik Majlis Daerah Bandar Baharu. Borang permohonan boleh didapati di pejabat Majlis Daerah Bandar Baharu bermula 13 SEPTEMBER 2015.

Borang yang telah lengkap boleh dihantar kepada Unit Sewaan Ruangniaga, Bahagian Penilaian dan Pengurusan Harta sebelum atau pada 27 SEPTEMBER 2015.

Jawatankuasa Temuduga Majlis Daerah Bandar Baharu tidak terikat untuk menerima mana-mana permohonan. Keputusan Jawatankuasa Temuduga Majlis Daerah Bandar Baharu adalah Muktamad.