MENU

TAWARAN BAZAR RAMADHAN DAERAH BANDAR BAHARU TAHUN 2018


Adalah dimaklumkan bahawa, Majlis Daerah Bandar Baharu akan menganjurkan program Bazar Ramadhan Tahun 2018 (1439H) bermula 17 Mei 2018 sehingga 14 Jun 2018 di lokasi - lokasi berikut : 

  • Dataran Bandar Baharu
  • Dataran Seri Serdang
  • Tapak Pasar Malam Lubuk Buntar
  • Tapak Pasar Malam Sungai Kecil Ilir

Sebagai penambahbaikan, pihak MDBB turut menyediakan Kanopi, Topi dan Apron yang WAJIB dibeli oleh semua pemohon bagi setiap lokasi tapak Bazar Ramadhan dalam Daerah Bandar Baharu.

Berikut merupakan butiran bagi penganjuran program tersebut :

1) Pengambilan borang permohonan :

Tarikh :  1 April 2018 hingga 5 April 2018
Masa :   8.30 pagi - 4.00 petang ( Ahad - Rabu )
      8.30 pagi - 3.00 petang ( Khamis )
      1.00 petang - 2.00 petang ( Rehat )
Tempat :   Kaunter Bahagian Kesihatan dan Perlesenan MDBB

 

2) penyerahan Borang yang lengkap beserta jumlah bayaran penuh :


Tarikh :   Mulai 8 April 2018 hingga 17 April 2018
Masa :   8.30 pagi - 3.00 petang ( Hari bekerja )
      1.00 petang - 2.00 petang ( Rehat )
Tempat :   Kaunter Bahagian Kesihatan dan Perlesenan MDBB

Bilangan petak adalah TERHAD dengan konsep "SIAPA CEPAT DIA DAPAT" kepada pemohon yang mematuhi semua syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MDBB.

** Tarikh undian petak bagi Bazar Ramadhan Bandar Baharu, Serdang, Lubuk Buntar dan Sungai Kecil Ilir akan dimaklumkan kelak.